RCCSteviaLarutan Pemanis Semulajadi. |
Pengenalan Stevia
Stevia merupakan 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun ke-19 oleh Dr.Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya sebagai Stevia Rebaudiana Bertoni sebagai penghormatan kepada ahli kimia Paraguay. Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis adalah stevia dari spesies Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf atau sweet herb.
Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan adalah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Daunnya berbentuk bujur, batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimum Stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil warna putih.
Kegunaan Stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada kurun ke-19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat. Ia mula dikaji oleh seorang ahli botani Paraguay yang bernama Moises S.Bertoni yang kemudiannya menulius antara artikel-artikel awal mengenai Stevia pada awal kurun ke-19. Ciri yang paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori.
Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap toksidnya,mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid.
Kebaikan Stevia
Kebaikan dan kelebihan Stevia telah terbukti secara Kajian Saintifik. Antara khasiat Stevia adalah:
01Membantu mengimbangi kandungan paras gula dalam darah.
02Membantu menurunkan kadar gula dalam darah,sesuai untuk pesakit diabetes dan hypoglycemia.
03Membantu melawaskan pembuangan air kencing.
04Membantu meningkatkan tenaga dalam badan.
05Membantu sistem penghadaman makanan.
06Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
07Membantu mengawal berat badan (obesiti).
08Membantu mengurangkan masalah keradangan.
Keunikan RCC Stevia
Perbezaan dan keunikan Stevia keluaran RCC Global dengan produk keluaran lain adalah:
01Stevia dalam bentuk cecair dan mudah disukat.
02Boleh digunakan dalam minuman dan masakan.
031 titis bersamaan 3 sudu teh gula pasir.
041 titis boleh memaniskan 200 ml air.
051 botol boleh menghasilkan +- 200 titis.
Cara Guna RCC Stevia
Berikut merupakan cadangan penggunaan RCC Stevia:
011 titis bersamaan 3 sudu teh gula pasir dan anda boleh menggunakannya di dalam minuman dan juga masakan.
02RCC Stevia juga boleh digunakan untuk membuat sapuan pada anggota luar badan seperti gatal-gatal kulit, melecur dan juga luka.
03Bagi anda yang mengalami masalah kesihatan kami mengesyorkan kepada anda dengan mengamalkan titisan RCC Stevia ke dalam air mineral 500ml sebanyak 5 titis dan cuba amalkan dalam 1 hari sebanyak 3 botol air mineral 500ml selama tempoh 3 bulan dan lebih.