1.Siapakah yang layak mendaftar sebagai agen?
Sesiapa sahaja warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
2. Perlukah membayar yuran keahlian untuk layak menjadi agen?
Tiada yuran keahlian pada masa ini (Tempoh Promosi). Hanya perlu membeli produk pakej sekali
seumur hidup sahaja.
3. Adakah pakej yang di beli boleh di naik taraf?
Tidak boleh.
4.Bagaimanakah jika saya ingin membuat pengeluaran komisen?
Komisen boleh di keluarkan pada setiap hari Ahad dan had min pengeluaran adalah
RM100 dan RM1 mesti di tinggalkan untuk urusan sms.
5.Apakah bank yang boleh di gunakan untuk menerima bayaran komisen?
Hanya ada 5 bank sahaja yang di benarkan masa ini iaitu Maybank, Cimb, RHB, Bank Islam dan Public Bank.
6.Berapa lamakah proses pembayaran komisen ke dalam akaun ahli?
3 - 15 hari waktu berkerja.
7.Kenapakah komisen saya tidak dibayar walaupun sudah membuat pengeluaran?
Ada beberapa kemungkinan di antaranya :
a) Tidak mengemaskini nombor akaun bank dengan betul.
b) Nama pemilik akaun bank tidak sama dengan nama ahli yang mendaftar.
c) No kad pengenalan / pasport / IC polis @ tentera yang didaftarkan di syarikat tidak sama dengan maklumat semasa membuka akaun di bank.
d) Telah melanggar terma dan syarat serta etika perniagaan syarikat.
8. Bolehkah menggunakan akaun bank orang lain bagi menerima pembayaran komisen?
Tidak Boleh.
9. Apakah syarat untuk menerima Royalty bulanan?
a) Perlu membuat belian peribadi dan mengaktifkannya sekurang kurangnya sekotak setiap bulan tanpa gagal.
b) Perlu ada penajaan terus (direct sponsor) di generasi yang pertama dan seterusnya serta jaringan kita juga ada membuat pembelian peribadi masing masing.
Walau bagaimanapun pembelian peribadi ini bukanlah satu paksaan.
10. Bilakah Royalty bulanan ini dibayar ?
Pengiraan royalty akan dikira bermula dari 1hb - 31hb setiap bulan dan akan dibayar pada bulan berikutnya diantara 5 - 10hb bulan berikutnya.
11. Apakah keistimewaan sebagai pengguna produk sahaja tanpa aktif membuat tajaan atau jualan?
a) Layak potongan diskaun sehingga 50 % apabila membuat pembelian semula produk syarikat.
b) Layak Tabung Khairat Kematian.
c) Reward Point sebanyak 30 RP setiap kotak yang di beli dan boleh di kumpulkan dan di tebus dengan pelbagai barangan.
d) Layak Tabung Kebajikan Ahli jika berlaku musibah.
12.Apakah syarat kelayakan lain untuk Tabung Khairat Kematian dan Tabung Kebajikan ahli?
a) Sekurang kurangnya mestilah selepas 3 bulan mendaftar.
b) Perlu membuat pembelian peribadi sekurang kurangnya satu kotak setiap bulan dan 3 bulan berturut-turut.
c) Semua dokumen yang lengkap perlu diemail ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat lewatnya 2 BULAN dari tarikh kematian atau musibah.Dokumen yang lewat dihantar tidak akan dilayan.
13.Adakah perniagaan ini boleh di wariskan?
Boleh diwariskan kepada ahli keluarga terdekat SAHAJA seperti ibubapa,suami @ isteri,adik beradik serta anak kandung yang telah cukup umur 18 tahun.